image Wajib ke Ajar Membaca guna buku

Wajib ke Ajar Membaca guna buku?

Wajib ke Ajar Membaca guna buku?

Bila kita sebut je belajar mesti berkait rapat dengan buku. Ya, tidak di nafikan buku adalah salah satu sumber pembelajaran yang penting untuk anak kita belajar. Tapi Wajib ke Ajar Membaca guna buku?

Di zaman serba canggih manggih ni, macam-macam alternative pembelajaran yang kita, mak-mak boleh gunakan untuk ajar anak membaca. Pilih je yang penting anak seronok dan mahu belajar.

Cuma ada juga mak-mak yang dah belikan macam-macam pilihan bahan belajar tapi anak masih tak boleh membaca. Jadinya mak-mak kenelah cek, aspek mana yang kita terlepas pandang. Tak adil letakkan kesalahan pada anak, malaslah, tak fokus lah.

Salah satu faktor yang rasanya dah jenuh juga pakar-pakar atau doktor kanak-kanak tekankan adalah masalah gadjet. Masalah ni kalau mak-mak yang tak pantau, tak boleh lah nak salahkan anak. Biasa juga saya nampak anak kecil lagi, bila makan dekat restoren bagi anak tonton gadjet.

Alasannya nak bagi anak diam masa tunggu makanan. Kalau dari kecil dah bagi pendedahan macam tu, rasanya mak-mak boleh fikirlah apa kesannya.

Ni ada Poster Anakku Bijak Suku kata sesuai sangat untuk anak yang rasa macam tak suka nak tengok buku. Anak umur 5-7 tahun ni boleh lah mula ajar membaca secara konsisten.

Sambil anak main je pun kita boleh ajar membaca. Lengkap sama macama buku juga, ada huruf vokal dan konsonan, Suku Kata Terbuka, Suku Kata Tertutup, Diagraf, Diftong, Huruf Kecil dan Huruf besar.

Tampal je kat laluan anak selalu main tu, sambil-sambil tu mak-mak tunjuk lah suku kata kat anak. Main teka-teka ke. Tak perlu lah berjam-jam, 1-3 minit pun dah ok sangat dan yang penting konsisten.

Jom kita tengok sikit aktiviti anak-anak dengan Poster ni,

Santai-santai je , mesti anak seronok kan. Kita mak-mak pun tak stress sangat. So mak-mak jangan putus asa untuk ajar anam membaca, sebabnya kemahiran membaca ni proses yang penting dan bila dah masuk tahun 1 amatlah membantu anak untuk subjek yang lain juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: