IMAGE BUKU AKTIVITI SAYA (BAHASA MELAYU) COVER

Buku Aktiviti Saya

Bila masuk je cuti sekolah, selalu terfikir apa aktiviti nak bagi anak buat. Kalau tak disusun dengan baik pasti akan terjebak dengan gadjet. Memang kita sedia maklumlah kesannya nanti, kalau bukan zaman cobit ni, boleh juga hantar pergi kem ke motivasi ke, la ni semuanya online.

Akhirnya bertemu jodoh dengan Buku Aktiviti Saya ni, terkenang pulak zaman tengah viral “busy book” ni. Gigih juga kononnya nak buat sendiri, beli Velcro, kain felt, macam -macam aksesori yang lain. Tapi malangnya tak semudah juga DIY ni. Kene kreatif, pandai nak gabungkan material dan banyak lagi. Sudahnya hilang kemana semua bahan. Masa lagi , memang tak menjadi.

Harga bahan-bahan nak buat DIY ni pun tak le murah..huhu.. Kalau ada yang macam saya ni, eloklah dinasihatkan beli je Buku Aktivti Saya ni. Bukan calang-calang juga yang buat buku ni, cikgu sendiri tau, dah tentunya cikgu lebih tahu apa yang sesuai untuk anak muridkan.

Memang banyak untuk anak-anak kita seawal usia 2-7 tahun boleh belajar dengan Buku Aktivti Saya ni, boleh malatih motor halus anak, boleh belajar tubuh badan, belajar kenal abjad, eh banyak lagi lah ada 15 semua tajuk. Kalau buat sendiri ni, tak tahu lah tahun bila nak siap.

Kalau di lihat dari material nya , memang boleh tahan sampai anak 5 ni, berbaloi sangat lah kan. Harga pun 55 je , ish mampu milik sangat untuk anak kita kan. Nak makan kat kedai pun boleh bawak, naik kereta balik kampung pun boleh buat aktiviti.

Jom kita tengok sedikit isi kandung Buku Aktiviti Saya ni

Menarikkan, mesti anak suka punya lah, asyik je nanti bila dengan buku aktiviti saya ni, ada 2 versi bahasa melayu dan bahasa inggeris tau, Mak-mak tunggu apa lagi, cepat dapatkan Buku Aktiviti Saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: