image buku membaca farah dan faris

Belajar Membaca tanpa kenal ABC?

belajar membaca tanpa kenal abjad abc ?

Betul ke, anak boleh belajar membaca tanpa kenal abjad abc ? Sebenarnya memang boleh. Mak-mak boleh ajar anak menggunakan teknik kata kunci.

Melalui teknik “keyword” atau kata kunci ni, anak akan belajar mengecam perkataan. Melalui beberapa pengulangan, banyak perkataan yang anak akan kenal. Sekali imbas je dah tahu membaca. Teknik ini boleh digunakan seawal usia anak 2 tahun lagi.

Kaedah ni juga sangat sesuai untuk anak meningkatkan kemahiran membaca supaya lebih lancar. Anak akan belajar banyak perkataan baru. Anak juga akan tahu struktur ayat.

Dengan ilustrasi dan ayat berfokus bersuku kata ni , anak juga akan belajar cara untuk mengembangkan cerita didalam buku. Tentunya akan merangsang daya kreativiti anak.

Teknik ni di serapkan keadala 1 set buku iaitu Mula Membaca bersama Faris dan Farah. Kalau ibu-ibu perasan, buku ni sama macam buku peter and jane yang popular tu. Cuma ia version dalam bahasa melayu.

Mudah, ringkas dan bertahap. Jadinya anak akan belajar dengan dua tahap, dari yang mudah hingga yang lebih advance. Kalau mak-mak ada anak yang dah kenal suku kata atau sedang nak lancarkan bacaan, buku ni sangat sesuai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: