tips-asas-ajar-anak-membaca-dan-menulis

Tips asas belajar membaca dan menulis

tips-asas-ajar-anak-membaca-dan-menulis

Assalammualaikum semua, alhamdulillah bertemu kita lagi dihari jumaat yang barakah ini. Rasa macam lama tak update blog ni. Sibuk sikit dengan sikecil tak sihat. Hari ni saya nak kongsikan bersama tips asas belajar membaca dan menulis menggunakan kit seronok membaca. Ada 2 step akan saya kongsikan. Kita bermula dengan perkara asas dahulu ya

Kit seronok membaca ni salah satu bahan bantu mengajar anak-anak untuk seronok membaca dan menulis. In sha Allah anak-anak akan seronok belajar dengan kita seronok membaca ni.

Baiklah sebelum kita mulakan tips asas belajar membaca dan menulis ni, saya senaraikan bahan bantu mengajar yang kita akan gunakan.

• 6 bekas clay pelbagai warna
• Pelbagai aksessori untuk clay
• Panduan membentuk clay
• 52 keping Kad Huruf kecil berwarna-warni
• 48 keping Kad Imbas bercetak depan belakang
• Sebuah Buku Panduan Ibu Bapa
• Sebuah Buku Aktiviti
• 13 keping Kad Menulis boleh tulis dan padam, bercetak depan belakang
• Sekeping Kad Aktiviti boleh tulis padam
• Sticker dengan 30 gambar menarik
• Sekeping Poster abc bersaiz a4 untuk dilekatkan pada dinding atau dibawa kemana-mana sahaja

bahan-bahan ni ada terdapat didalam kita seronok membaca. Memang berbaloi isi kandungannya.

Mari kita mulakan dengan tips asas belajar membaca dan menulis paling UTAMA untuk mula mengajar anak-anak membaca dan menulis di rumah.

1. Ambil BUKU MODUL BACAAN YANG TELAH ANDA SEDIAKAN untuk anak-anak. Kami memilih untuk menggunakan Siri Bacalah Anakku.

2. Lihat kepada huruf pertama yang diperkenalkan dalam buku modul bacaan. Contohnya, dalam buku modul bacaan kami ini, huruf pertama yang diperkenalkan ialah huruf “a”. Huruf yang kedua, huruf “I”. Manakala huruf ketiga, huruf “u”. Anda perlu tahu bahawa kita tidak semestinya mengajar anak mengikut turutan a,b,c,d,e,f,g,…z. Jadi, untuk memudahkan anda, ikut sahaja turutan yang terdapat pada buku modul bacaan yang anda beli.

3. Perkenalkan huruf pertama kepada anak anda.

Secara ringkas, terdapat 3 kaedah untuk mula mengajar anak-anak membaca.

Kaedah 1: Kaedah fonik

Bagi kaedah fonik, anda hanya perlu sebut bunyi huruf tersebut untuk terus memperkenalkan bunyinya. Teorinya ialah, belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara lambang yang dilihat dengan bunyi yang perlu disebut. Kaedah ini menekankan bahawa setiap huruf mempunyai bunyi-bunyi tertentu.
Contohnya, sebaik sahaja anak anda melihat huruf “a”, dia akan terus menyebut bunyi “aaa”. Apabila melihat huruf “b”, dia akan terus menyebut bunyi “beh”.
a = aaa
b = beh
c = ceh
d = deh
e = eh
f = feh
g = geh
h = heh
i = iii
j = jeh
k = keh
l = el
m = em
n = en
o = ooo
p = peh
q = qeh
r = rer
s = sss
t = teh
u = uuu
v = veh
w = weh
y = yeh
z = zeh

Kaedah 2: Kaedah Abjad

Bagi kaedah abjad, ini adalah kaedah klasik. Seperti zaman ibu ayah belajar membaca dan mengeja dulu-dulu. Mengikut kaedah ini, huruf a hingga z (mengikut turutan) akan diperkenalkan terlebih dahulu. Jadi, anak-anak akan mengenal nama huruf sahaja (tanpa mengetahui bunyinya). Setelah betul-betul mengecam dan mengenal nama huruf, barulah mereka diperkenalkan dengan bunyinya. Kebiasaannya, bunyi huruf vokal akan di ajar terlebih dahulu.

Contohnya: a, aaa ; i, iii ; u, uuu ; o, ooo ; e, eee
Kemudian, barulah diajarkan cara membunyikan huruf konsonan dengan menggabungkan huruf konsonan dan vokal.
Contohnya:
b-a, ba ; b-i, bi ; b-u, bu ; b-o, bo ; b-e, be
c-a, ca ; c-i, ci ; c-u, cu ; c-o, co ; c-e, ce
d-a, da ; d-i, di ; d-u, du ; d-o, do ; d-e, de
f-a, fa ; f-i, fi ; f-u, fu ; f-o, fo ; f-e, fe
g-a, ga ; g-i, gi ; g-u, gu ; g-o, go ; g-e, ge
h-a, ha ; h-i, hi ; h-u, hu ; h-o, ho ; h-e, he
j-a, ja ; j-i, ji ; j-u, ju ; j-o, jo ; j-e, je
k-a, ka ; k-i, ki ; k-u, ku ; k-o, ko ; k-e, ke
l-a, la ; l-i, li ; l-u, lu ; l-o, lo ; l-e, le
m-a, ma ; m-i, mi ; m-u, mu ; m-o, mo ; m-e, me
n-a, na ; n-i, ni ; n-u, nu ; n-o, no ; n-e, ne
p-a, pa ; p-i, pi ; p-u, pu ; p-o, po ; p-e, pe
q-a, qa ; q-i, qi ; q-u, qu ; q-o, qo ; q-e, qe
r-a, ra ; r-i, ri ; r-u, ru ; r-o, ro ; r-e, re
s-a, sa ; s-i, si ; s-u, su ; s-o, so ; s-e, se
t-a, ta ; t-i, ti ; t-u, tu ; t-o, to ; t-e, te
v-a, va ; v-i, vi ; v-u, vu ; v-o, vo ; v-e, ve
w-a, wa ; w-i, wi ; w-u, wu ; w-o, wo ; w-e, we
x-a, xa ; x-i, xi ; x-u, xu ; x-o, xo ; x-e, xe
y-a, ya ; y-i, yi ; y-u, yu ; y-o, yo ; y-e, ye
z-a, za ; z-i, zi ; z-u, zu ; z-o, zo ; z-e, ze

Kaedah 3: Kaedah Pandang dan Sebut

Bagi kaedah ini, anak-anak hanya perlu mengenal abjad a hingga z terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan diminta untuk terus mengingat pola-pola sukukata yang terdapat dalam Bahasa Malayu. Uniknya Bahasa Melayu adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan tidak mustahil untuk dihafal oleh anak-anak kecil. Mereka hanya perlu menmengecam dan menghafal tulisan serta gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf; lalu menyebut terus bunyinya.

Contoh:
Gabungan dua huruf: ba bi bu bo be
Gabungan tiga huruf: ban bin bun bon ben
Gabungan empat huruf: bang bing bung bong beng
Ibu bapa boleh memilih mana-mana kaedah membaca yang sesuai dengan anak-anak. Bukan semua anak-anak boleh belajar menggunakan kaedah fonik. Jadi, jika mereka tidak dapat menguasai kaedah 1, cuba kaedah 2 pula. Jika tidak dapat kaedah 2, cuba pula kaedah 3.

Ibubapa jangan mudah berputus asa dan mengalah ya! Ingat, usaha tangga kejayaan!

Ibu bapa juga perlu ingat, membaca adalah satu proses pembelajaran. Proses membaca dan menulis ini memerlukan masa. Boleh jadi ia memerlukan masa yang lebih panjang daripada kebiasaan. Teruskan mencuba dan bersabar, ya!

Baiklah, setelah kita ajar anak asasnya, nanti kita akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya dalam tips mengajar anak membaca dan menulis untuk menggunakan kit seronok membaca ini.

Selamat mencuba ya Ibubapa, in sha allah nantikan sambungan tips ajar anak membaca dan menulis pula.

.

Leave a Reply