resepi-roti-jala-strawberry-coklat

resepi-roti-jala-strawberry-coklat

Resepi Roti Jala Strawberry Coklat

Assalalammualaikum dan Salam Hujung Minggu semua…Seronok cuti-cuti panjang ni, dapa balik kampung berkumpul bersama adik beradik sambil menghirup udara segar.

Hari ni macam biasa, bila dah masa cuti macam-macam permintaan dari anak-anak, nak masak spaggeti lah, lasagna la, jadi hari ni kami cuba resepi roti jala strawberry coklat. Bila kita masak dengan anak-anak ni memang bersepah sikit lah dapur, tapi sekali sekala kan, apa salahnya, dapat juga kita mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak.

Ok senang je bahan-bahan untuk resepi roti jala strawberry coklat ni.

  1. 3 Cawan Tepung Gandum
  2. 1 Bar coklat Masakan – saya pakai strawberry
  3. 1 Biji Telur
  4. Air asak
  5. Garam secukup rasa

Cara bancuh dan masakĀ resepi roti jala strawberry coklat pula.

Cairkan coklat masakan strawberry, blender tepung bersama telur dan sedikit garam sehingga menjadi cair , campurkan coklat yang dicairkan tadi sehingga sebati. Kalau kita guna sudu angkat sikit dan adunan tak putus- putus tu maknanya cantiklah adunan kita tadi.

Sediakan pan yang tak melekat, nak guna kuali leper pun boleh, gunakan acuan roti jala pastu masakkan atas kuali, tunggu sekejap beberapa saat angkat. Tada dah siap, nak bagi lagi sedap saya cairkan coklat masakan letak sikit atas roti jala strawberi tadi. Sekejap je habis licin…

Boleh lah buat bersama dengan anak-anak ya, memang sedap makan pula panas-panas. licin. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply