resepi-cucur-maggi-kari

resepi-cucur-maggi-kari

Resepi Cucur Maggi Kari

Assalammualaikum dan Salam Hujung Minggu semua. Biasanya hari sabtu atau ahad kalau en.suami tak outstaton atau stanby, dia akan masak bersama anak-anak. Bagi saya rehat katanya.

Sarapan pagi ni encik suami cuba resepi cucur maggi kari, anak-anak memang suka makan maggi, tapi kami memang sorok maggi ni, kalau nak makan kami yang masak, tak boleh bagi anak-anak masak sendiri. Sekala sekali boleh bagi makan tapi kami biasanya tak guna rencah dan mee tu kami rebus dahulu.

ok lah kita teruskan dengan resepi cucur maggi kari. Senang je buatnya, cuma nak ajak anak buat sama-sama, seronok mereka walaupun kotor lah sikit dapur tu.

Bahan-bahan untuk resepi cucur maggi kari ( 5-6 orang makan) :

1 bungkus maggi kari

4 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

3 biji bawang merah blender

2 biji telur

sedikit serbuk penaik

garam secukup rasa

Cara masak :

Campurkan kedua-dua jenis tepung digaul bersama bawang dan serbuk penaik,

Masukkan air dipukul bersama telur, dan garam, kacau sehingga sebati,

Celur maggi terlebih dahulu hingga lembut

Semasa nak menggoreng baru gaulkan sedikit demi sedikit maggi dengan tepung yang diadun tadi, buat bentuk bulat-bulat comel, suka lah part ni anak-anak membulatkannya..dan senang untuk dimakan.

Sekali sekala dihujung minggu bolehlah cuba resepi-resepi yang mudah. Ajak anak bersama-sama. Dapat juga kita meluangkan masa bersama mereka.

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply