produk permainan anak-anak picture

produk permainan anak-anak picture

Produk Permainan Anak-Anak

Kanak-Kanak dan bermain memang tidak dapat dipisahkan. Ianya menjadi rutin bagi anak-anak dalam proses tumbuhsaran dan perkembangan mental dan fizikal mereka. Proses bermain juga berupaya meningkatkan daya imaginasi mereka dalam pelbagai aspek.

Sebagai Ibubapa sudah tentulah kita mahu memberikan pelbagai jenis produk permainan bagi anak-anak bermain dan belajar. Namun kita perlulah memilih jenis produk permainan yang boleh membantu didalam proses pembelajaran anak-anak. Faktor keselamatan juga perlu dititikberatkan dalam pemilihan produk permainan anak-anak.

Bagi saya tak kisahlah samaada mahal atau tidak produk permainan tersebut, yang penting ianya membantu anak-anak bermain dan dalam masa yang sama dapat belajar dan meningkatkan kemahiran anak-anak.

Antara beberapa sebab kenapa bermain itu perlu bagi anak-anak adalah seperti berikut:

1. Bermain rangsang kemampuan berfikir

Ketika bermain dengan anak patung ataupun membina blok, anak akan berimaginasi tentang apa yang dia inginkan. Sebagai ibu ayah, anda tidak perlu risau akan hal ini asalkan ia tidak membahayakan si kecil. Biarkan anak melakukan permainan imaginatif kerana ia mampu merangsang kemampuan pemikirannya.

2. Kreativiti berkembang

Permainan imaginasi bagus untuk membantu kemampuan kognitif anak di masa hadapan. Kanak-kanak memerlukan rangsangan supaya kreativitinya berkembang. Rangsangan yang dapat dilakukan adalah dengan bermain dan membiarkan mereka berimaginasi sebebasnya ketika mereka sedang bermain.

3. Bermain rangsang otak

Kreativiti anak-anak mesti dikembangkan dan dirangsang. Alat permainan dan penceritaan yang baik mampu membantu anak merangsang otaknya. Jangan menghalang anak bermain dengan imaginasi mereka berdasarkan jantina. Misalnya, anak perempuan tidak boleh bermain alat permainan kereta, lori dan sebagainya kerana ia sesuai untuk anak lelaki. Sementara anak lelaki pula tidak dibenarkan bermain anak patung kerana bimbang akan keliru identiti.

4. Bermain menjadikan anak lebih bijak

Yang penting bagaimana daya kreatif anak terhadap alat permainan itu. Kreativiti mereka yang mesti dikembangkan. Anak-anak perlu berimaginasi. Dua aktiviti permainan yang boleh kita lakukan untuk merangsang imaginasi anak iaitu bermain peranan sebagai doktor, chef atau sesi bercerita menggunakan buku atau puppet tangan. Kedua permainan ini membantu merangsang otak kreatif anak-anak.

5. Bermain mengeratkan hubungan ibu bapa & anak

Bagi membantu anak berimaginasi dengan baik, ibu dan ayah mesti rajin memperkenalkan anak pada produk permainan kreatif atau bercerita kepada mereka. Jangan tinggalkan anak bermain bersendirian. Anak-anak mesti selalu ditemani ibu atau ayah ketika bermain tapi janganlah kita mengarahkan bagaimana cara anak-anak bermain.

 

 

Leave a Reply