magic-clay-super-light

magic-clay-super-light

Magic Clay Super Light

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua. Hari isnin biasanya kita mak-mak ni memanglah sibuk sikit, almaklum dah cuti 2 hari, kene buat balik list to do.

Hari ni saya nak ceritakan sikit berkenaan Magic Clay Super Light. Sape pernah dengar? Magic Clay Super Light ni fungsinya macam playdough atau tanah liat.

Meh kita lihat video ni dahulu, apa yang best sangat pasal Magic Clay Super Light  ni.

Ha, macamana best kan. First time pegang Magic Clay Super Light ni, rasa mcm pegang marsh mellow! Ringan sangat!!! Senang sangat nak dibentuk sebab tekstur dia macam doh buat roti tu! Lembut je!

Tengok boleh tarik panjang, smooth sahaja

magic-clay-super-light-2

Kelebihan Magic Clay Super Light :

  • Lembut
  • Tak basah
  • Tak Melekit
  • Tidak Rasa berminyak
  • Ringan
  • Mudah dibentuk
  • Elastik

Lepas kita dah buat bentuk-bentuk tu, kalau kita biarkan terdedah di udara, Magic Clay Super Light tu akan mengeras…so, bentuk tu dah jadi bentuk tetap. Tapi masih ringan!

magic-clay-super-light-1

Magik! Magik! Magik!

Tadaaa….dah dapat buat kraf sendiri! Boleh jadikan perhiasan… atau key-chain…atau mini collectibles models (koleksi model-model mini)…

Seronok sangat untuk main Magic Clay Super Light ni dengan anak-anak waktu hujung minggu! Sambil latih motor skill anak-anak, boleh jugak tengok kreativiti mereka! In Sha Allah anda dapat spent quality time dengan anak-anak!

In sha Allah, nanti saya kongsikan lagi tips bagaimana magic clay ni boleh bantu anak kita untuk develop skill mereka. Tunggu ya.

Leave a Reply