kelebihan-bermain-magic-clay

kelebihan-bermain-magic-clay

Kelebihan bermain magic clay

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua. Hari ni anak-anak kita dah start cuti sempena tahun baru cina. Macam biasa rumah kembali ceria.hihi. Sebagai ibubapa kita kene isi masa cuti anak-anak dengan perkara-perkara yang boleh memberi mereka keseronokan sambil dapat belajar.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan kelebihan bermain magic clay. Magic clay ni macam permainan pasir juga tau tapi bezanya Magic clay ni lebih ringan, tak melekat dan tak bersepah.

Jadi kita ni mak-mak takde lah jadi tarzan masa mereka main nanti. hihi. ok lah kenapa saya kata banyak kelebihan bermain magic clay ni. Ni sebabnya :

  • Sebagai TERAPI.

Secara mudahnya, perbuatan membentuk clay dengan menggunakan tangan (tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak) boleh menjadi aktiviti yang menenangkan. Memanipulasi clay tersebut boleh membantu anda dan anak anda mengurangkan tekanan atau boleh juga dijadikan alat untuk anak-anak kecil mengekspresikan emosi secara fizikal.

  • Sebagai ┬áSensory Development

Aktiviti meningkatkan sensori untuk tangan kecil anak-anak anda! Kanak-kanak sedang dalam proses memantapkan motor skills dan dexterity (skil-skil untuk membuat sesuatu pekerjaan, terutama dengan menggunakan tangan). Rolling (mencanai), squeezing (memerah), pinching (mencubit), coiling (menggulung), flatten (meratakan), poking (mencucuk) dan membentuk clay amat membantu kanak-kanak dalam aspek ini

  • Sebagai Play Based Learning

Alat bermain sambil belajar. Kita mungkin tidak menyedarinya, tetapi bermain dengan clay sebenarnya dapat menggalakkan minda-minda si kecil untuk sentiasa sibuk berfikir dengan memikirkan tentang apa yang akan mereka hasilkan dan bagaimana mereka ingin membuatnya. Permainan kreatif jenis ini akan menggalakkan imaginasi dan skil menyelesaikan masalah (problem-solving).

magic-clay-super-light-8

Perkara yang paling membahagiakan anak-anak, jika kita sebagai ibubapa pun dapat bermain dan meluangkan masa bersama mereka, tak perlulah ambil masa yang lama, cukup sekadar 15minit pun bagi mereka sudah cukup.

Lihat dan cuba saksikan sendiri bagaimana seronoknya anak-anak kita nanti.

 

 

Leave a Reply