enali-Tanda-Tanda-Anak-cacing

enali-Tanda-Tanda-Anak-cacing

Jangkitan Cacing pada Kanak-Kanak

Assalammualaikum semua. Sihat ke semua. Tak sempat beberapa hari ni nak update sharing kat blog ni. Anak kurang sihat sikit. Alhamdulillah sekarang dah sihat. Nak tanya ibubapa semua, bila kali terakhir bagi anak-anak kita ubat cacing ? Cuba ingat . Hari ni kita kongsikan sikit tentang info dan jangkitan cacing pada kanak-kanak.

Alkisahnya macam ni saya perasan Marissa asyik garu bahagian punggung dia sahaja. Jadi automatik terfikir cacing ke. Jadi mulalah explore balik dan refresh balik berkenaan dengan jangkitan cacing ni. Balik kampung tanya pula adik ipar yang bekerja di klinik kesihatan pasal jangkitan cacing pada kanak-kanak. Jadi Marissa ada dah simptomnya.

Antara simptom jangkitan cacing pada kanak-kanak adalah :

  • Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kala kanak-kanak mengalami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)
  • Pucat (kurang darah).
  • Hilang selera makan.
  • Susut berat badan
  • Suka menggigit kuku
  • Pembesaran terencat

Marissa memang agak kurang selera makan dan gatal pada bahagian punggungnya. lagipun saya memang belum pernah bagi lagi ubat cacing padanya walaupun dah berusia 2 tahun lebih.

Ini pula diantara 3 jenis cacing yang sering

  1. Cacing Jarum/Benang
  2. Cacing Gelang
  3. Cacing Rambu/ Cambuk

Cacing ni berjangkit dengan beberapa cara iaitu

  • berjalan tanpa memakai kasut atau selipar,
  • apabila kanak-kanak makan atau minum yang tercemar dengan telur cacing, kanak-kanak memasukkan tangan kedalam mulut selepas bermain dengan tanah
  • telur-telur cacing tersebut akan menetas didalam usus kanak-kanak
  • telur-telur cacing melekat pada sayuran dan tidak dibasuh dan dimasak dengan sempurna.

Jadi sebagai ibubapa kita kenalah prihatin dengan langkah-langkah pencegahan seperti :

  1. Memastikan anak basuh tangan dengan betul selepas bermain
  2. Bersihkan buah-buahan dan sayur-sayurkan dengan sempurna sebelum memakannya dan memasak.
  3. Memastikan kita potong kuku anak-anak supaya sentiasa pendek
  4. Pastikan anak mandi dengan sabun selepas bermain
  5. Memastikan anak kita pakai selipar atau kasut bila berjalan diluar rumah
  6. Last sekali bawalah anak kita ke klinik mengikut jadual imunisasi mereka

Selain langkah pencegahan kita juga kene bagi anak yang berusia 2 tahun keatas ubat cacing seperti yang diarahkan oleh kementerian kesihatan. Saya belikan Marissa Ubat Cacing Champ perisa coklat

ubat-cacing-champs

Kalau bagi yang putih cecair zentel atau Albendazole putih tu takut Marissa tak suka. Jadi belikanlah yang macam gula-gula ni. Hihi sedap je die kunyah macam gula-gula. Harga dalam RM10 kebawah je.

Ubat cacing ni kene bagi 6 bulan sekali, ada dos-dos yang tertentu, ada disertakan butirannya dalam kotak.

Alhamdulillah nampak sekarang Marissa dah tak garu punggung dan selera makan pun makin bertambah. Kalau rasa anak-anak kita makin tak aktif dan sebagainya lebih baik cepat-cepat bawa jumpa doktor ya.

Oh ya kanak-kanak yang besar pun kene makan ya ubat cacing ni. Kita pun kene makan sebenarnya. oklah kita jumpa lagi di sharing yang lain.

Gambar sumber dari google & bugarfit

 

Leave a Reply