7-tips-anak-menulis

7-tips-anak-menulis

7 Tips galakkan anak menulis di rumah

Assalammualaikum semua..dah siap masak ke semua…saya memang biasa masak awal sikit..hihi senang

Alhamdulillah sekarang Ibubapa dah fahamkan betapa pentingnya melatih anak menulis seawal usia. Ibubapa boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik ini bersama-sama anak di rumah! Tentu sahaja anak-anak pun suka bila kita melakukannya bersama-sama mereka.

Mari kita kongsikan 7 tips galakkan anak menulis di rumah

kemahiran_menulis_kanak_kanak 4

1. Biarkan anak-anak menggunakan peralatan menulis seperti pensil, whiteboard marker, kapur, dan krayon. Kalau boleh kita kumpulkan semua peralatan menulis radi bersama-sama kertas dan masukkannya kedalam bekas atau kotak yang mudah untuk diambil oleh anak-anak.

2. Kita juga boleh galakkan anak-anak untuk menggunakan lukisan sebagai cara mengekspresikan idea dan cerita.

3. Kalau kita nak pergi shopping barang keperluan rumah, apa kata minta anak-anak menulis senarai to-do-list .

4. Ibubapa juga perlu biasakan anak menulis nama mereka. Jadikan rutin harian untuk menulis nama setiap kali sebelum mereka ingin ke sekolah.

5. Ibubapa juga boleh labelkan barang-barang anak-anak dengan nama mereka. Biarkan mereka menulis sendiri nama mereka pada barang-barang mereka seperti buku dan kotak pensil.

6. Galakkan anak-anak membentuk huruf menggunakan clay, doh atau plastisin.

7. Akhir sekali buat buat buku menu atau buku scrap mereka sendiri dengan menggunakan gambar-gambar yang digunting daripada surat khabar atau majalah.

Bantu mereka menggunting kerana ini dapat menguatkan tangan mereka unutk memegang pensel dan menulis dengan baik.

Kalau anak-anak yang ditinggal bersama pengasuh bolehlah berkongsi tips ini bersama pengasuh mereka!

Jadikan aktiviti menulis sebagai aktiviti yang menggembirakan disamping dapat mengeratkan hubungan ibubapa bersama anak-anak.

Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply